Pulihkan Prestasi Gearbox Anda Dengan Teknologi Rawatan E3 Oil

Nikmati Pemanduan Lebih Lancar, Tukaran Gear Tanpa Sentakan Dan Prestasi Gearbox Yang Lebih Tahan Lama Dengan Formula Premium Dari E3 Gearbox Treatment.

Sebenarnya ada cara mudah untuk pulihkan semula prestasi gearbox anda tanpa perlu overhaul atau tukar gearbox baru yang mahal. Ini teknologi rawatan transmisi yang ramai pemilik kenderaan masih belum manfaatkan sepenuhnya.

Dah Lama Rasa Gear Menyentap, Delay Atau Berat? Ramai Pemilik Tak Sedar Gearbox Mereka Sedang Alami Masalah Awal! Ramai Tak Tahu Cara Maksimumkan Prestasi Gear Dengan Teknologi Booster Pressure, Friction Modifier & Formulasi E3 Oil Berkualiti Tinggi.

Inilah Rahsia Pemilik Kereta Bijak Jimat Ribuan Ringgit Tanpa Overhaul, Tapi Dapat Gearbox Lancar & Tahan Lebih Lama.

Ramai Rugi Bila Biarkan Masalah Gearbox!
Gear Delay, Menyentap & Pickup Lemah Boleh Bawa Padah Jika Dibiarkan. Kami nak bantu anda pulihkan prestasi gear dengan rawatan E3 Oil yang terbukti berkesan dan mudah digunakan, tanpa perlu overhaul gearbox.

Dengan E3 Oil, Teknologi Rawatan Gearbox Kami Khas Untuk Anda Yang

Ingin memandu setiap hari tanpa risau gear delay, menyentap atau prestasi berat yang mengganggu keselesaan.


Sesuai untuk pemilik kenderaan baharu yang ingin jaga prestasi gearbox dari awal, pengguna berpengalaman yang mahu elak overhaul mahal, serta individu yang mahu kekalkan kelancaran gear dalam jangka masa panjang dengan teknologi rawatan terkini yang terbukti berkesan.

Anda Dah Lama Pandu Kereta Tapi Masih Gagal Rasa Gear Masuk Lancar & Pemanduan Selesa Setiap Hari?

Masih Lagi Bergantung Pada Minyak Gear Biasa Tanpa Teknologi Rawatan Moden Yang Betul Untuk Lindungi Gearbox Secara Maksimum & Jimat Kos?

Booster Pressure, Friction Modifier, ATF Enhancer, Pressure Sealant
Semua istilah ni mungkin dah biasa dengar, tapi bila nak pilih rawatan gearbox yang betul, masih ramai yang tak tahu nak buat keputusan tepat.

Ramai pemilik kereta masih keliru nak pilih rawatan yang betul-betul boleh bantu gear masuk lancar, hilangkan jerking, dan pulihkan delay. Sebab itu kami sediakan rawatan E3 Oil, pilihan teknologi rawatan transmisi yang terbukti berkesan, selamat dan tahan lama tanpa perlu overhaul mahal.

Siapa Yang Wajib Guna E3 Gearbox Treatment Ini?

MPV FAMILY

Kenderaan seperti Toyota Vellfire, Serena dan Exora sering alami gear delay atau menyentap kerana beban berat dan pemanduan jarak jauh. E3 Oil bantu lancarkan pertukaran gear, elak jerking dan pastikan perjalanan keluarga lebih selamat dan tenang.

SUV & COMPAQ CAR

SUV seperti CR-V, X70 dan Ativa terkenal dengan berat dan sistem transmisi kompleks. E3 Oil bantu kekalkan tekanan gear, elak slip dan jadikan pemanduan lebih responsif tanpa overhaul.

KERETA SEDAN

Model harian seperti Honda Civic, Vios dan Persona terdedah kepada kehausan transmisi akibat pemanduan harian. E3 Oil bantu jaga gearbox, hilangkan jerking dan jimat kos selenggara jangka panjang.

E3 Oil Fokus Pulihkan Gearbox & Tingkatkan Keselesaan Pemanduan

Tidak semua pemilik kenderaan akan terus buat keputusan guna rawatan gearbox sebaik sahaja diberi cadangan. Kebanyakan orang perlukan masa dan penerangan yang jelas sebelum yakin.


Sekadar tengok satu dua testimoni atau penerangan ringkas belum cukup untuk meyakinkan. Walaupun kelebihan E3 Oil nampak menarik, anda tentu ingin lihat hasil sebenar dan jaminan keberkesanan terlebih dahulu, betul?


Di sini kami ingin kongsikan maklumat secara berperingkat melalui testimoni pelanggan, rakaman prestasi sebelum dan selepas, jaminan keberkesanan, serta penerangan teknikal tentang bagaimana E3 Oil benar-benar bantu pulihkan sistem gearbox anda.

Lihat Bagaimana Teknologi E3 Oil Bantu Pulihkan Gearbox & Tingkatkan Prestasi Kenderaan Anda Sepanjang Pemanduan

E3 PERFORMANCE+

Rawatan ini dirumus khas dengan bahan pelindung tekanan tinggi dan friction modifier gred industri. Ia membantu mengekalkan kestabilan gear dalam cuaca ekstrem, pemanduan jauh atau beban berat. Sesuai untuk pengguna yang mahu prestasi gearbox jangka panjang tanpa kompromi.

Benefit:
✅ Gear lancar walaupun selepas pemanduan jarak jauh
✅ Tahan lasak dan tidak mengganggu sistem ATF
✅ Kurangkan kesan jerking dan bunyi kasar

Sesuai Untuk:
Pemilik MPV keluarga seperti Toyota Vellfire, Nissan Serena, Proton Exora

PAKEJ RAWATAN MAKSIMUM

Diformulasikan dengan bahan aktif tekanan tinggi dan friction modifier, rawatan ini sesuai untuk gearbox yang sudah mula delay, berat atau slip. Kesan seawal 1 hari dan tidak ganggu ATF sedia ada.

Benefit:
✅ Pulihkan gear delay & menyentap
✅ Pickup lebih lancar & responsif
✅ Tidak ganggu sistem asal, tiada side effect

Sesuai Untuk:
SUV & crossover seperti Honda HR-V, Proton X50, Perodua Alza

PAKEJ PENJAGAAN ASAS

Dirumus khas untuk pengguna yang ingin mengekalkan prestasi asas gearbox tanpa overhaul. E3 Oil bantu elakkan delay dan geseran dalam transmisi automatik/CVT. Sesuai untuk kenderaan harian yang masih baru atau belum alami simptom berat.

Benefit:
✅ Kurangkan risiko gear menyentap
✅ Lindungi sistem pressure dalam gearbox
✅ Sesuai untuk rawatan preventif jangka panjang

Sesuai Untuk:
Kereta harian seperti Perodua Bezza, Proton Persona, Toyota Vios

4 Jaminan Utama Untuk Pemilik Kenderaan Yang Guna E3 Gearbox Treatment

JAMINAN 5 TAHUN PRESTASI GEARBOX

Jaminan Tahan Lama Sehingga 5 Tahun

Setiap penggunaan E3 Oil dilindungi jaminan keberkesanan sehingga 5 tahun berdasarkan panduan penjagaan. Kami pastikan prestasi gear kekal stabil tanpa delay, menyentap atau slip dalam tempoh rawatan.

UJIAN MAKMAL TEKNIKAL BERKELAS INDUSTRI

Jaminan Pemulihan Prestasi Gearbox Yang Terbukti

E3 Oil diuji secara teknikal untuk bantu pulihkan tekanan transmisi dan kestabilan sistem hidraulik. Kesan diuji dalam pelbagai kondisi pemanduan dan terbukti berfungsi dengan cepat dan selamat.

PENGGUNAAN MUDAH & SELAMAT DIGUNAKAN SENDIRI

Jaminan Aplikasi Yang Mudah & Profesional

E3 Oil direka dengan penggunaan mesra pengguna. Tiada alatan khas diperlukan. Cuma tuang, panaskan enjin dan pandu. Tiada kesan gam, tiada risiko kotoran atau kerosakan pada sistem gear.

TIADA KESAN SAMPINGAN PADA MINYAK GEAR ASAL

Jaminan Selamat Digunakan Bersama ATF Sedia Ada

E3 Oil diformulasi khas untuk digunakan tanpa perlu tukar minyak gear asal. Ia tidak mengubah warna, kelikatan atau struktur ATF sedia ada. Rawatan ini bertindak melengkapi, bukan menggantikan – sesuai untuk pengguna yang ingin rawat tanpa ganggu sistem asal.

Lihat Bagaimana Kami Transform Kenderaan Pelanggan Kami

Ikuti 4 Langkah Mudah Untuk Guna E3 Oil

1. Matikan Enjin Kenderaan

Pastikan enjin dimatikan sepenuhnya dan kereta berada di tempat selamat sebelum mula proses.

2. Kenal Pasti Port Minyak Gearbox

Buka dipstick atau port tempat isi minyak ATF (transmisi automatik/CVT) mengikut jenis kenderaan anda.

3. Tuang E3 Oil Ikut Keperluan

Tuang 1 botol untuk penjagaan, atau 2 botol jika ada simptom delay, jerking atau gear menyentap.

4. Hidupkan Enjin & Pandu Seperti Biasa

Biarkan enjin hidup 5 minit, kemudian pandu seperti biasa. Kesan boleh dirasai seawal 1 hari.

Kenali E3 Oil Gearbox Treatment

E3 Oil ialah jenama rawatan transmisi yang dipercayai ramai pengguna kenderaan di Malaysia. Dengan formulasi terkini, E3 Oil membantu memulihkan semula prestasi gearbox secara selamat dan berkesan. Tanpa perlu overhaul. Digunakan oleh ribuan pemilik kereta untuk atasi masalah delay, menyentap dan jerking.

13.jpg

Pakar Dalam Rawatan Gearbox Automatik & CVT

E3 Oil diformulasi khas untuk pelbagai jenis transmisi termasuk automatik, CVT dan semi-automatik. Sesuai digunakan sebagai rawatan atau penjagaan, tanpa perlu tukar minyak gear asal.

14.jpg

Tenaga Pakar & Proses Yang Terbukti Berkesan

Produk ini dibangunkan berdasarkan ujian pengguna sebenar & maklum balas mekanik profesional. Kesannya boleh dirasai seawal 1 hari selepas penggunaan.

Bimbingan Penggunaan Mesra & Jelas

Setiap pembelian disertakan panduan bergambar dan penerangan langkah demi langkah. Pasukan sokongan juga bersedia bantu jika ada sebarang persoalan.


 

Pemantauan & Jaminan Kualiti Prestasi

Kami galakkan pengguna buat pemantauan kesan selepas penggunaan. E3 Oil dilindungi jaminan hasil, dan boleh diguna semula selepas servis ATF akan datang.

Sedia Untuk Pulihkan Gearbox Anda Secara Selamat dan Berkesan?

Pilih salah satu pakej E3 Oil di bawah mengikut kesesuaian enjin dan jenis kenderaan anda.
Semua pembelian boleh dibuat terus melalui laman ini. Hanya klik “Beli Sekarang” untuk tambah ke troli dan teruskan ke pembayaran.
RM850

RM450

jimat rm 400

RM380

RM200

jimat rm 180

RM170

RM110

jimat rm 60

RM85

RM60

jimat rm 25

Pembayaran boleh dibuat secara Online atau COD (Bayar Masa Terima).
Semua pakej disertakan freegift eksklusif, akses konsultasi dan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia.

Soalan-Soalan Lazim

E3 Oil sesuai digunakan untuk semua jenis transmisi automatik, CVT dan sesetengah manual. Ia boleh digunakan untuk kereta sedan, SUV, MPV dan kenderaan berusia atau baru.

Tidak perlu. E3 Oil boleh digunakan bersama minyak ATF sedia ada tanpa perlu menukar terlebih dahulu. Ia bertindak sebagai rawatan tambahan, bukan pengganti.

Untuk penjagaan: 1 botol.
Untuk rawatan: 2 hingga 3 botol (bergantung pada cc enjin dan tahap masalah gearbox).

Kesan biasanya dirasai seawal 1 hari selepas penggunaan, bergantung pada kondisi gearbox. Ada pengguna melaporkan perubahan dalam masa 5–15 minit pemanduan pertama.

Ya, E3 Oil diformulasi khas tanpa bahan merosakkan dan telah digunakan oleh ribuan pengguna tanpa kesan sampingan. Ia tidak mengubah kelikatan atau warna ATF asal.

Boleh. Penggunaan semula disarankan selepas setiap 15,000–20,000 km atau selepas servis ATF, bergantung kepada penggunaan kenderaan.

Setiap pembelian disertakan E3 Oil, freegift seperti fuel injector cleaner, car perfume, wiper cleaner, serta akses konsultasi pakar gearbox secara WhatsApp 24 jam dan penghantaran percuma.

Semua pembelian E3 Oil adalah minima 3 botol setiap transaksi untuk kesan optimum. Produk yang telah dibuka atau digunakan tidak boleh dipulangkan atau dipulangkan semula (non-refundable) kecuali jika terbukti rosak semasa penghantaran. E3 Oil tidak boleh dicampur dengan mana-mana minyak jenama lain yang mendakwa sebagai “booster gearbox oil”, sebaliknya hanya boleh digunakan bersama minyak ATF original kenderaan anda. Sebarang tuntutan jaminan hanya sah jika pelanggan mematuhi panduan penggunaan rasmi daripada pihak kami.